MAKLUMAN…

July 19th, 2008

Beberapa perkara perlu diambil perhatian segera oleh guru-guru pebimbing pengakap. Perkara pertama adalah buku laporan aktiviti setiap minggu. ianya hendaklah dikemaskini sebelum dihantar untuk semakan En. Sukardi (GPK KOKO). Bagi guru yang menulis laporan, laporan hendaklah ditulis dengan lengkap (detail). Segala maklumat termasuklah perincian aktiviti yang dilakukan.

Guru-guru juga boleh mendapatkan bahan ringkas dari fail pengkap yang disimpan di bilik GPK KOKO atau dapatkan fail tersebut daripada Cik Azwana (Setiausaha).

Bercakap dengan pemberita, Cik Azwana menambah, guru-guru yang ingin mendapatkan T’Shirt Pengakap, boleh menghubungi beliau terus. namun begitu, guru adalah digalakkan untuk memakai uniform sekiranya ada. Walau bagaimana pun, guru-guru boleh juga mendapatkan sendiri atau membeli sendiri pakaian pengakap di toko-toko uniform kegemaran masing-masing.

Nombor rasmi sekolah : 09

July 16th, 2008

Setiap ahli mestilah memakai no rasmi sekolah ini iaitu 09 pada lengan baju sebelah kanan. Setiap sekolah di WPKL mempunyai nombor masing-masing. Nombor tersebut boleh dibeli sendiri di kedai-kedai yang menjual uniform pengakap. Cara pemakaian nombor tersebut adalah seperti gambar dibawah. Dijahit dengan kemas di bawah “SETIAWANGSA”

Pendaftaran keahlian

July 16th, 2008

Pendaftaran baru keahlian pengakap untuk tahun 2008 telah pun selesai. begitu juga proses perbaharui keahlian bagi ahli yang telah mendaftar pada tahun sebelumnya.

seramai 180 ahli pengakap sekolah ini telah pun mendaftar ke peringkat negeri (WPKL).

setiap ahli yang berdaftar akan mempunyai 1 no ahli masing-masing.

cara pemakaian lencana daftar keahlian adalah seperti gambar di bawah…

setiap ahli yang berdaftar dan mempunyai lencana tersebut, wajib memakainya dan dijahit dengan kemas di kedudukan seperti yang ditunjukkan.

kedudukan lencana:

sebelah kiri pada penutup poket sebelah kanan

Buat Habis Baik!

May 21st, 2008

bahagian ini masih lagi dalam pembinaan…lawati galeri gambar di

http://www.bsepak.fotopages.com